Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis AdaMaya

                                                            Drama Adamaya.
                                                            Sinopsis:


                                                            TERBARU di slot Akasia, sebuah drama komedi romantik pasti mencuit hati penonton dengan gandingan mantap Lisa Surihani dan Hussein Ruffedge dalam ADAMAYA telah bersiaran mulai 6 April 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30petang.

                                                            Drama moden dan ceria bersiri 23 episod ini adalah inspirasi daripada filem popular “I’m Not Single” turut membariskan para pelakon handalan lain seperti Faizal Yusup, Diana Amir, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana dan ramai lagi.

                                                            ADAMAYA diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd dan hasil nukilan menarik oleh Feroz Kader manakala Zarihah Hassan bertanggungjawab dalam penulisan skrip.
                                                            Adam (Hussein) dan Maya(Lisa Surihani).

                                                            Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani).

                                                            Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.

                                                            Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.

                                                            Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju.

                                                            Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak.

                                                            Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.
                                                            Faizal Yusup

                                                            Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

                                                            “ADAMAYA mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.

                                                            Pihak TV3 terasa terpanggil untuk menyerap nilai kesedaran yang tinggi betapa pentingnya untuk mempertahankan mahligai perkahwinan dan institusi kekeluargaan itu sendiri.

                                                            Kami berharap mesej-mesej yang terdapat dalam drama siri ini mendapat sambutan penonton di samping memberi hiburan yang terbaik.

                                                            Sesebuah drama yang berkualiti bukan sahaja menghiburkan malah dapat membuka minda para penonton.” Kata Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3.

                                                            Jangan lepaskan peluang untuk menonton ADAMAYA menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, hanya di TV3.

                                                            Sumber: Mstar

                                                            Tags: Sinopsis drama adamaya, Adamaya synopsis, review AdaMaya, Kisah Adamaya, Drama Adamaya, Adamaya drama, Tv3 drama, Drama Popular Adamaya, Lisa Surihani Drama, Episod Adamaya, Kesudahan Adamaya, Episod Akhir AdaMaya, Maya Dana Adam,

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib