Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Korea Utara tidak gentar Portugal

                                                            CAPE TOWN - Portugal dan Korea Utara akan turun dalam satu pertemuan penting malam esok yang bakal menentukan hala tuju pasukan masing-masing pada kempen Piala Dunia 2010.

                                                            Portugal terpaksa berhempas pulas sebelum seri tanpa jaringan dengan Ivory Coast pada aksi pertama Kumpulan G.

                                                            Korea Utara pula tunduk 1-2 kepada Brazil, namun mereka mendapat pujian di atas semangat juang yang ditunjukkan.

                                                            Ini kerana barisan pemain Korea Utara berjaya menghalang corak permainan samba daripada pemain Brazil dan kali ini, mereka akan berdepan situasi yang sama apabila turun dalam misi menjinakkan Portugal dan juga kaptennya, Cristiano Ronaldo.

                                                            Pemain berbahaya Korea Utara, Jong Tae-sem yang diberi gelaran sebagai Rooney Asia berazam merobek gawang Portugal.

                                                            "Saya akan cuba memperbaiki prestasi pada pertemuan seterusnya dan akan menjaringkan gol pertama saya buat Korea Utara dalam kempen Piala Dunia ini," katanya.

                                                            "Portugal adalah pasukan berkelas dunia seperti Brazil dan ia akan menjadi satu tugas sukar tetapi kami akan tetap cuba melakukannya."

                                                            Sementara itu, jurulatih Portugal, Carlos Queiroz mahu anak-anak buahnya bermain lebih agresif berbanding apa yang ditunjukkan ketika menentang Ivory Coast.

                                                            "Kami perlu mengambil lebih banyak risiko pada perlawanan seterusnya nanti dan itulah apa yang akan kami lakukan," kata Queiroz.

                                                            "Apa yang kami perlukan ialah tampil dengan lebih agresif daripada aksi sebelum ini dengan Ivory Coast. Kini kami perlu fikirkan cara untuk menang." - AFP


                                                            FAKTA PASUKAN:
                                                            Korea Utara

                                                            Penampilan: 1 (1966)
                                                            Pemain tonggak: Jong Tae-se, Hong Yong Jo
                                                            Kekuatan: Kekentalan pertahanan.
                                                            Kelemahan: Sukar buru jaringan.
                                                            Ramalan: Mampu suku akhir.

                                                            Portugal

                                                            Penampilan: 4 (1966, 1986, 2002, 2006)
                                                            Pemain tonggak: Cristiano Ronaldo, Ricardo Carvalho
                                                            Kekuatan: Pertahanan yang cukup kukuh.
                                                            Kelemahan: Barisan jentera serangan Portugal sukar melancarkan gerakan.
                                                            Ramalan: Memiliki bakat yang mencukupi untuk layak ke suku akhir.

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib