Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Program Terbaik Di Astro Pada Bulan Puasa

                                                            Rancangan Astro sepanjang ramadhan







                                                            BULAN Syaaban dalam kalendar Islam semakin menghampiri penghujungnya dan umat Islam kini pasti menunggu kehadiran bulan yang penuh mulia iaitu Ramadhan al-Mubarak.

                                                            Seperti biasa, walau ia bulan yang sentiasa akan dipenuhi dengan amal ibadah, namun stesyen TV tidak akan ketinggalan memenuhi jadual mereka dengan pelbagai rancangan yang bersesuaian dengan bulan ini.

                                                            Astro sendiri tidak ketinggalan mengekalkan kegemilangan dan tradisi dalam menyediakan kepelbagaian kandungan untuk memenuhi cita rasa penonton yang berbeza dengan program-program terbaik yang penuh dengan pengajaran dan memupuk kasih serta ikatan kekeluargaan

                                                            Malah, pihak Astro turut menaikkan jumlah pelaburan untuk tayangan program-program istimewa Ramadhan dengan menambah jumlah siaran jam di saluran-saluran terpilih dari 173 jam (2009) menjadi 197 jam pada tahun ini.

                                                            Saluran-saluran Melayu Astro iaitu Astro Citra, Astro Prima, Astro Warna, Astro Ria dan Astro Awani akan terus berselang-seli memberikan program-program terbaik 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di sepanjang bulan Ramadhan.

                                                            Astro Citra terlebih dahulu akan memulakan hari dengan menyiarkan seleksi filem-filem kegemaran Malaysia melalui segmen Sinema Sahur dan diakhiri dengan siaran langsung solat sunat Terawikh dari Masjidil Haram di Mekah melalui Astro Oasis.

                                                            Menurut Pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar, pada tahun ini, 19 buah program baru diperkenalkan berbanding 13 buah program baru sahaja pada tahun lalu.

                                                            "Seperti biasa solat sunat Terawih akan disiarkan secara langsung dari Masjidil Haram, Mekah dan bacaan Tadarus al-Quran juga bakal dibacakan melalui Astro Oasis setiap hari.

                                                            "Program-program hebat seperti drama bersiri, telefilem, majalah mahupun filem-filem telah disusun teliti sepanjang hari bagi memastikan para penonton disajikan dengan hiburan-hiburan ringan di sepanjang bulan Ramadan ini.

                                                            "Pelbagai program yang mempunyai pengisian nilai-nilai kerohanian dan suntikan elemen-elemen pengajaran di sebalik hiburan yang bermutu tinggi akan disediakan," ujarnya ketika ditemui di majlis pratonton Astro Ramadhan 2010 di sini baru-baru ini.

                                                            Merisik khabar

                                                            Ujar Izelan, Astro Prima turut menyediakan senarai khas bagi telefilem-telefilem yang akan bersiaran sepanjang bulan Ramadhan bagi kepuasan penonton.

                                                            Di antara drama-drama yang bakal menanti para penonton ialah Isteri Buat Ayahku, Mee Janda, Burger Layan Diri, Teh Tarik Kurang Manis dan Anak Rintih.

                                                            Selain itu, dua buah drama bersiri dijangka akan menarik perhatian para penonton di sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu Geng Surau (Astro Oasis) dan juga Qalesya (Astro Prima) yang kembali bagi musim kedua.

                                                            Geng Surau merupakan sebuah drama komedi yang berunsur ilmiah dan menerapkan ilmu agama dan dijangka dapat menarik minat ramai orang kerana ia bersifat santai walaupun menerap unsur dakwah.

                                                            Istimewa pada bulan puasa kali ini juga, Astro Prima akan menyiarkan sebuah program majalah hebat berjudul Merisik Khabar yang diambil ilham melalui segmen bersama Aznil Nawawi di Radio Era.

                                                            Rancangan ini memaparkan wartawan Astro membantu golongan-golongan susah yang terpilih bagi menaikkan taraf hidup mereka.

                                                            Astro Citra juga akan menyediakan Slot Sinema Sahur setiap hari bermula 4.30 pagi yang menyiarkan pelbagai filem tempatan menarik sepanjang Ramadhan seperti Talentime, Rock, I'm Not Single, Cuci, Los & Faun dan banyak lagi.

                                                            Slot itu diadakan sebagai menemani mereka yang bangun pagi dan menyediakan juadah untuk sahur bersama keluarga.

                                                            Astro Ria juga tidak ketinggalan menyiarkan Uniknya Ramadhan… Shahir yang akan membawa penonton mengikuti perkembangan Shahir dan persiapannya menyambut Hari Raya sebagai seorang bintang.

                                                            Sumber: Utusan online.

                                                            Tags: Astro Citra, Slot Sinema Sahur, Uniknya Ramdhan bersama Shahir, Talentime, Rock, I'm Not Single, Cuci, Los & Faun, Astro Ria, Astro Prima, Astro Warna, Astro Awani,solat sunat Terawikh dari Masjidil Haram di Mekah melalui Astro Oasis, Isteri Buat Ayahku, Mee Janda, Burger Layan Diri, Teh Tarik Kurang Manis dan Anak Rintih.Geng Surau ,Astro Oasis, Qalesya

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib