Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis SITI KELEMBAI

                                                            Sinopsis Drama Siti Kelembai




                                                            Mengikut cerita dongeng zaman dulu kala, Sang Kelembai mempunyai kuasa yg boleh sumpah orang jadi batu.

                                                            Sang Kelembai kalau menegur apa-apa benda terus jadi batu. Dia juga pantang mendengar bunyi bising dan apabila didengarnya habis semuanya jadi keras macam batu. Siti Kelembai diambil daripada legenda ini. Berikut merupakan sinopsis cerita yang diadaptasi daripada orang dulu-dulu kala.
                                                            Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi (saintis)dan Siti Mayang Sari yang misteri , Siti Ratna pulak sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.
                                                            Kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!


                                                            Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

                                                            Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

                                                            Drama Siti Kelembai di slot lagenda yang baru ni banyak aksi aksi komedi dan watak Siti dan kawan baiknya di kolej iaitu Moin (lakonan Fizo Omar ) yang macam lurus tu agak lucu jugak le. Moin sebenarnya menaruh hati kat Siti ni.

                                                            Adakah Siti akan melupakan Moin selepas Siti dapat kuasa luar biasa tu?
                                                            nak tau macam mana Siti boleh jadi macam tu dan kesudahan kisah cinta Moin dan Siti kena le tengok episod sterusnya..heheheh!!

                                                            Pelakon dalam Drama Siti Kelembai; Fizo Omar, Yana Samsudin, Putri Mardiana, Bob Lokman, Cat Farish Eizlan Yusof,

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib