Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis Drama Lestary Baru "Selepas Asmara."

                                                            Sinopsis Drama Lestary Baru "Selepas Asmara."


                                                            Sinopsis ASMARA di Slot Lestary TV3
                                                            Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.


                                                            Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).


                                                            Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.



                                                            Akad Nikah Asmara dengan Zaliya


                                                            Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan.



                                                            Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak. Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.



                                                            Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.




                                                            Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?

                                                            Tags: sinopsis drama baru Lestary, Drama Selepas Drama Asmara habis, Kesudahan drama lestary asmara, Penamat Asmara, Episod akhir Asmara, Episod pertama Asmara, Slot DRama Lestary TV3, DRama Baru selepas Asmara, OST Asmara, Episod 1 Asmara, Episod Akhir Asmara, Kesudahan Asmara, Drama Asmara, Lagu Tema Asmara, Pelakon Asmara, Tonton Asmara, Ulangan Drama Asmara,

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib