Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis Drama Saka Jentayu | Sinopsis Saka Jentayu

                                                            Sinopsis Drama Saka Jentayu | Sinopsis Saka Jentayu




                                                               
                                                            Sinopsis:Drama Saka Jentayu di slot Seram ini akan mengupas asal usul jin saka yang pernah diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu di Sumatera, Indonesia pasti memberikan pengajaran kepada para penonton supaya menjauhi kepercayaan tahyul dan mistik.”
                                                            Jentayu sering diganggu oleh jin saka iaitu saka Inyiak Utieh milik datuknya, Tok Jalit (Hairi Safwan). Saka Inyiak Utieh mahu mendampingi Jentayu dan ia telah menimbulkan masalah di kampung.

                                                            Selepas kematian tragis Puan Sarimah, pelbagai cemuhan dilemparkan kepada ibu bapa Jentayu, Pak Suman (Mubarak Majid) dan Induk Awa (Liza Abdullah) sehingga memaksa mereka berpindah balik ke kampung Induk Awa. Jentayu dan Faris terpaksa berpisah. Faris memilih untuk mendalami ilmu agama dari Ustaz Hanafi (Fathil Dani).

                                                            Kepulangan keluarga Jentayu ke kampung tidak disenangi oleh Pak Sadun (Khairil Anwar). Jentayu pula sering diganggu oleh jin saka tersebut. Pak Suman telah meninggal dunia akibat perbuatan langgar lari. Hidup Jentayu dan Induk Awa bertambah sempit. Mereka terpaksa berdepan dengan fitnah dan cemuhan yang disebarkan oleh Pak Sadun.

                                                            Pelbagai cabaran yang mengganggu kehidupan Jentayu dan dia turut dikecewakan oleh Zamri. Akibat termakan hasut jin saka tersebut, Jentayu bersetuju untuk mewarisi jin saka nenek moyangnya. Semakin hari Jentayu semakin jauh dari ajaran agama. Apakah Faris dapat menyedarkan Jentayu ataupun Jentayu akan terus hanyut dalam dunia gelap?



                                                            Seram: Saka Jentayu akan menemui para penonton mulai 25 November 2010, setiap hari Khamis jam 9.30malam di TV3

                                                            Saka Jentayu 13 episod terbitan Wayang Tinggi Production membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Zarina Zainordin, Ungku Ismail Aziz, Mubarak Majid, Liza Abdullah, Wan Hanafi Su, Hairi Safwan, Khairil Anwar, Fathil Dani dan Kuswadinata bersama pengarah Abdul Azizi Awang Ghazali serta penulis skrip Mohd Azmy Mohd Ariff.

                                                            Tags: Sinopsis Drama Saka Jentayu, Sinopsis Saka Jentayu, OST Saka Jentayu, Lagu Tema Saka Jentayu

                                                            1 comment:

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib