Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (2010-2011) ABPBH

                                                            Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular 2011

                                                            KONGSI DENGAN RAKAN ANDA:

                                                            Bookmark and Share

                                                            - Nantikan debarannya... Kami akan beri keputusan terkini dari masa ke semasa. Stay Tuned.

                                                            Calon Yang Bertanding ABPBH 2010-2011

                                                            Siapa yang ANDA Mahu Menang Bintang Paling Popular?

                                                            Ini dia  Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (2010-2011)  ABPBH.. Tahniah pada yg menang. Yg kalah dan tak tercalon it's okey just do ur best! Who knows next year will be ur luck?

                                                            1. Pengacara TV Lelaki Popular
                                                                  

                                                            AZNIL HJ NAWAWI

                                                            2. Pengacara TV Wanita Popular

                                                                Fara Fauzana

                                                            3. Penyampai Radio Lelaki Popular


                                                             FAIZAL ISMAIL

                                                            4. Penyampai Radio Wanita Popular

                                                            FARA FAUZANA

                                                            5. Artis Komedi Lelaki Popular

                                                            ZIZAN

                                                            6. Artis Komedi Wanita Popular

                                                            NORKHIRIAH

                                                            7.Artis Baru Lelaki Popular

                                                            SHAHIR

                                                            8. Artis Baru Wanita Popular


                                                            Ana Rafali


                                                            9.Kumpulan Nasyid Popular

                                                            RABBANI


                                                            10. Duo & Berkumpulan Popular

                                                              6IXTH SENSE


                                                            11.Penyanyi Lelaki Popular

                                                            FAIZAL TAHIR


                                                            12. Penyanyi Wanita Popular

                                                            YUNA

                                                            13.Pelakon Filem Lelaki Popular

                                                            SHAHEIZY SAM

                                                            14. Pelakon Filem Wanita Popular

                                                            LISA SURIHANI

                                                            15.Pelakon TV Lelaki Popular

                                                             Remy Ishak


                                                            16. Pelakon TV Wanita Popular


                                                            FASHA SANDHA


                                                            Pemenang Anugerah BIntang Paling Popular Berita Harian

                                                            Shaheizy Sam 
                                                            (126,168 undian)
                                                            Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

                                                            Dato’ Rosnani Jamil



                                                            Ramalan Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular


                                                            Sumber: Berita Harian
                                                            Jeling Kak Pora: Siti ramal Zizan, Faizal Tahir menang


                                                            2011/04/03
                                                            KAK PORA sendiri tak sabar-sabar nak tahu sangat siapa yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 malam ini. Kak Pora sekarang dah ada di Genting Highlands dengan dua anak Kak Pora. Petang ini sibuk dah nak bersolek dan macam tak sabar-sabar nak pakai gaun hijau gelap rekaan kak ipar Kak Pora sendiri.

                                                            Sebut pasal ABPBH, semua tentunya nak tahu siapa yang akan diangkat pemenang Bintang Palibng Popular. Tahun lalu, Datuk Siti Nurhaliza yang dapat takhta itu buat kali ketujuh dalam sejarah penganjuran ABPBH. Tahun ini, Kak Pora sendiri ada meramalkan beberapa nama artis yang dilihat mempunyai potensi cerah untuk menang kategori utama itu. Pilihan hati Kak Pora ialah biar Shahir atau Zizan yang menang.
                                                            Teman sepejabat Kak Pora sempat menanyakan ramalan Siti Nurhaliza mengenai siapa yang bakal mengambil alih posisinya itu kali ini. Kata penyanyi yang sudah 13 tahun berturut-turut menggenggam trofi Penyanyi Wanita Popular itu, sukar sebenarnya untuk meramal siapa yang layak.
                                                            Ini komen Siti: “Siti nampak persaingan kali ini agak sengit antara calon yang masuk final. Pada pandangan Siti, untuk kategori Bintang Paling Popular, setiap kategori dipertandingkan ada peluang cerah. Kategori Artis Komedi contohnya seperti Zizan. Penyanyi Lelaki pula, Faizal Tahir juga menunjukkan kelangsungan tahun demi tahun,” katanya yang bakal melaram rekaan Rizman Ruzaini malam ini.

                                                            Kak Pora pun rasa begitu juga, mungkin dua nama disebut Siti itu boleh menang Bintang Paling Popular. Kita sama-sama tunggu sajalah pengumumannya malam ini. Debaran tentu sangat terasa, macam nak tunggu keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

                                                            Sebut mengenai Siti, Kak Pora bangga dengan pencapaiannya. Rasa rindu juga nak temu bual dia dari hati ke hati. Rindu dengan dia, lama tak bersua muka. Malam ini, Kak Pora nak ambil peluang untuk jumpa dia dan berborak lama-lama sikit. Wartawan hiburan lain jangan cemburu ye...

                                                            Kak Pora dapat tahu lagi, sekarang Siti sibuk buat album Inggeris yang akan berada di pasaran pertengahan tahun ini. Sebanyak 10 lagu bakal dimuatkan. Pada 21 Ogos ini, genap lima tahun usia perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Kak Pora tumpang gembira tengok kebahagiaan mereka meskipun belum memperoleh zuriat.
                                                            Sabar sajalah Siti, teruskan berdoa supaya nanti akan memperoleh cahaya mata. Kak Pora tahu jauh di sudut hati Siti, memang dia ter8ngin sangat mengandung. Cuma belum ada rezeki lagi. Khabarnya, Siti pun tak pernah berhenti berusaha mendapatkan anak, pergi berubat sana sini.

                                                            “Dapat anak tahun ini pun seronok juga,” kata Siti ringkas kepada teman sepejabat.

                                                            KAK PORA: Nak tengok apa fesyen Normah Bechok pakai malam ini...


                                                            Keywords: Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular, result ABPBH 2010, ABPBH 2011, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian, Keputusan artis paling popular, keputusan ABPBH terkini, siapa menang, ramalan pemenang anugerah bintang popular

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib