Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Dewa Cinta (slot Akasia) OST, sinopsis, Lirik Lagu Tema

                                                            OST lagu Tema Dewa Cinta Lirik Lagu Tema.
                                                            Sinopsis Dewa Cinta Slot Akasia TV3

                                                            Adaptasi dari Novel Muzikal-Dewa Cintaku

                                                            Drama Akasia Dewa Cinta ini mengisahkan Iqbal (Iqram Dinzly) yang membesar dengan penuh kemewahan dalam sebuah keluarga angkat. Semuanya jasa ibu bapa angkatnya iaitu Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida). Memori hitam zaman kanak-kanak menyebabkan jiwa Iqbal memberontak dan dia menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik imej elitnya. Semua itu gara-gara sikap ayah kandungnya yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri . Tanpa diduga Iqbal bertemu dengan June, seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang suka menyendiri. Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu. Sementara itu, June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar berita. Rupa-rupanya si kekasih hati telah pun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka dengan mendekati Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan untuk saling mengenali dan menyayangi. Sayang sekali, cinta yang baru berputik bakal terpadam selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama.

                                                            Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama 3 tahun di situ. June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”.

                                                            Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal. Fariz telah bersuhabat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan terjadi seterusnya? Saksikan kisah percintaan Iqbal dan June dalam Dewa Cinta di slot Akasia yang sarat suka duka, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam di TV3.



                                                            OST Drama Dewa Cinta,TV3

                                                            Lagu Tema Dewa Cinta
                                                            Lirik Lagu Black - Aku Rindu Sayang Kamu

                                                            Siang dan malam ku,kini menjadi satu,
                                                            terasa sunyi ku bila tiada mu,
                                                            apakah ini dinamakan cinta oohh,
                                                            menjadi aku yang punya...

                                                            Apakah kau rasa seperti ku,RASA,
                                                            hari hari ku tak menentu,
                                                            bagaikan lilitan terikat di jantung ku,
                                                            terasa sungguhhhh...

                                                            Aku rindu...
                                                            sayang kamu...PADA MU
                                                            aku cinta,kepada mu..
                                                            sayang kamu.....

                                                            Lagu/Lirik:Uzae
                                                            Tags:Dewa Cinta OST, OST Dewa Cinta, Lirik lagu Dewa Cinta, Lirik lagu tema Dewa Cinta, Lirik OST Dewa Cinta, Video dewa cinta, episod dewa cinta, pelakon dewa cinta, Dewa Cinta lyrics, Drama Akasia Dewa Cinta OST, OST Slot Akasia Dewa Cinta TV3, Lirik lagu Akasia Dewa Cinta TV3 , Lirik lagu tema Dewa Cinta, Lirik OST Dewa Cinta Slot Akasia, Video dewa cinta, episod dewa cinta, pelakon dewa cinta, Dewa Cinta lyrics, Fasha Sandha, Iqram Dinzly, Black- Aku Rindu Sayang Kamu lirik

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib