Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lirik Lagu Suasana Di Hari Raya - Faizal Ismail, Farah Fauzana, Kieran, Ikhwan, Chad, Hadi, Angel, Upin & Ipin

                                                            Lirik Lagu Suasana Di Hari Raya - Faizal Ismail, Farah Fauzana, Kieran, Ikhwan, Chad, Hadi, Angel, Upin & Ipin

                                                            Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
                                                            Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
                                                            Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
                                                            Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

                                                            Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
                                                            Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
                                                            Suasana hari raya walau di mana pun jua
                                                            Memberi ketenangan dan mententeramkan jiwa

                                                            Kuih dan muih beraneka macam
                                                            Makanlah jangan hanya di pandang
                                                            Ketupat rendang sila nikmati kawan
                                                            Penat memasak malam ke pagi

                                                            Wajik dan dodol jangan lupakan
                                                            Peninggalan nenek zaman berzaman
                                                            Asyik bersembang pakcik dan makcik
                                                            Hai duit raya lupa nak diberi

                                                            Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
                                                            Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
                                                            Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
                                                            Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

                                                            tags:Lirik Lagu Suasana Di Hari Raya - Faizal Ismail, Farah Fauzana, Kieran, Ikhwan, Chad, Hadi, Angel, Upin & Ipin

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib