Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            England Terdesak Tanpa Rooney

                                                            DONETSK - Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo meramalkan England tetap mampu mara ke pusingan kalah mati meski pun bekas rakannya di Manchester United, Wayne Rooney digantung dua perlawanan.

                                                            Ronaldo, yang merupakan kawan lama Rooney yang terpaksa melupakan dua aksi awal Euro 2012 akibat digantung.

                                                            Ronaldo, yang berganding dengan Rooney di United pada musim 2004 hingga 2009, berkata: "Bagi England ketiadaan Rooney dalam dua aksi awal menjadi perlawanan tersebut sangat penting.

                                                            "Mengenai Rooney, saya fikir dia akan bangkit. Namun peraturan menghalang dia daripada beraksi.

                                                            "England memiliki beberapa pemain yang hebat dan mereka akan bertarung untuk segala-galanya. Saya yakin mereka akan melepasi saingan peringkat kumpulan.".

                                                            England akan memulakan kempen Euro 2012 menentang Perancis dalam Kumpulan D, Selasa ini.

                                                            Selain ketiadaan Rooney dalam dua perlawanan awal, skuad Roy Hodgson juga beraksi tanpa beberapa pemain tonggak akibat kecederaan termasuk Frank Lampard, Gareth Barry dan Gary Cahill. - Agensi

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib