Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Juventus Berentap Menentang Chelsea

                                                            MILAN: Juventus berharap saingan bagi menentukan 16 pasukan terbaik untuk peringkat seterusnya dalam Liga Juara-juara Eropah akan ditentukan menerusi perlawanan mereka menentang penyandang gelaran, Chelsea hari ini.

                                                            Selepas bertahun-tahun diketepikan, bekas juara dua kali itu kembali menyengat selepas menjuarai gelaran Serie A edisi ke-28 musim lalu.
                                                            Bagaimanapun, kempen Juventus hambar sepanjang saingan Kumpulan H setakat ini.

                                                            Anak buah Antonio Conte sekadar meraih tiga keputusan seri sebelum mendapat suntikan semangat apabila menang 4-0 ke atas juara Denmark, Nordsjaelland pada dua minggu lalu.

                                                            Berdasarkan kedudukan mata kebangkitan yang diharapkan tampak agak lambat selepas Chelsea menang ke atas Shaktar menyebabkan Juventus berada di tempat ketiga Kumpulan H, satu mata di belakang Chelsea dan Shakhtar di tangga kedua. - AFP
                                                            Tags:Liga Juara Eropah

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib