Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Konsert Pertama J-Lo Di Malaysia 2 Disember 2012

                                                            Info Konsert Pertama J-Lo Di Malaysia 2 Disember 2012



                                                            Jeniffer Lopez atau J.Lo,Penyanyi, pelakon dan bekas juri 'American Idol' bakal muncul mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 2 Disember depan.

                                                            Stadium Merdeka jadi lokasi persembahan konsert ini. Kehadiran Jennifer Lopez atau lebih mesra dengan panggilan J-Lo itu, sememangnya dinantikan oleh peminat negara ini.
                                                            Berita konsert J-Lo, sedikit sebanyak mengubat hati peminat seni muzik selepas pembatalan dua lagi konsert bintang Hollywood sebelum ini iaitu Rihanna dan Beyonce.

                                                            Berita gembira itu telah pun diumumkan oleh penganjur konsert iaitu Galaxy Group menerusi laman sosial rasmi mereka. Kedatangan julung kali J-Lo itu sempena konsert jelajah dunianya bagi mempromosikan album barunya iaitu Dance Again.
                                                            Bagi yang berminat untuk menyaksikan konsert itu tiket berharga RM168 hingga RM628 boleh dibeli melalui Galaxy Group. Sementara itu bagi pemegang Visa Card,anda bakal menikmati potongan harga sebanyak 15% jika membeli tiket dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu bermula 8 September hingga 30 September ini.

                                                            Sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi Galaxy Hotline di 03-2282 2020.

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib