Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Siapa Pelakon Ganas Cederakan Suami?


                                                            Pelakon kena dakwa cederakan bekas suami


                                                            Seorang pelakon dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Petaling Jaya di sini, semalam atas tuduhan mencederakan bekas suaminya, tahun lalu.
                                                            Bagaimanapun, Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mohd Hezri Shaharil.
                                                            Tertuduh yang pernah membintangi filem ‘Diari Romeo’ didakwa mencederakan ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Syukur, 40.

                                                            Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Dewan Tan Sri Jefry Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya, pada jam 10.30 pagi, 25 November 2012.

                                                            Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum maksimum penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

                                                            Mengikut fakta kes, Sharifah Nadia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera dengan mencakar tangan bekas suaminya. Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes.

                                                            Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sapphira Selamat, manakala peguam Yusmadi Yusoff mewakili tertuduh. Peguam MK Thas bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili Lob Mahadir.
                                                            Pasangan itu berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga anak, Lob Ahmad Dani, 7, Puteri Anis Khairah, 6 dan Lob Umar Faiq, berusia empat tahun.

                                                            -Berita Harian

                                                             Pilihan Berkaitan:

                                                            Tags:Hiburan , Berita, 

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib