Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Isu Khalwat, Shahrizal Jaszle Berdepan Penjara 2 Tahun?

                                                            Jais Sahkan Sharizal DiTangkap Khalwat

                                                            Pada 16 Mei lalu,  JAIS mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.


                                                            Hukuman Penjara Menanti Pesalah Khalwat

                                                            Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


                                                            Apa Penjelasan Shahrizal Jaszle Tentang Isu Khalwatnya?

                                                            Berikut kenyataan Shahrizal, 25 tahun,  menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku:

                                                            "Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.

                                                            "Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap,"



                                                            Bagaimana Reaksi Tunang Shahrizal? 

                                                            "Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka.

                                                            "Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya," tuturnya.

                                                            Apa Pengajaran Yang Shahrizal telah pelajari?


                                                            Dalam pada itu, Shahrizal berkata, kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya itu merupakan satu pengajaran besar buatnya di mana dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah yang dilakukan selepas ini.

                                                            "Ia menjadi tauladan besar buat saya. Tidak sangka, dalam berjaga-jaga batas pergaulan, perkara begini boleh terjadi kepada saya,"

                                                            Pilihan Berkaitan:





                                                            Tags:Shahrizal Jaszle, Kontroversi, Khalwat, sensasi, berita kontroversi

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib