Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis "Love You Mr Arrogant" Drama TV3



                                                            Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant



                                                            Drama Love You Mr Arrogant yang  mula ditayangkan di TV3 mulai 25 September 2013 berasal dari Novel terlaris berjudul "Love You Mr Arrogant".

                                                            Ia mengisahkan mengenai Zaara Amirah yang terpaksa berkahwin secara paksa dengan seorang anak orang kaya yang bongkak bernama Zafriel Irham. Semuanya disebabkan Zaara tidak mampu melangsaikan hutangnya kepada Zafriel sebanyak RM5000 setelah berlaku satu perlanggaran.

                                                            Dalam pada itu, Zafriel berhadapan dengan dilema apabila bapanya mendesak dia agar berkahwin, atau syarikat Irham Holding akan jatuh ke dalam tangan sepupunya.

                                                            Zafriel hanya mempunyai dua pilihan, sama dia bersetuju berkahwin dengan Sherry, seorang gadis yang gedik atau memujuk Zaara menjadi isterinya. Akhirnya Zaara setuju jadi pilihan Zafriel.

                                                            Selepas perkahwinan berlangsung, Zaara terpaksa pula menghadapi tentangan Puan Seri Maryam, ibu mertuanya yang mahu memisahkan dia dan Zafriel. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah ikatan perkahwinan mereka dipertahankan hingga ke akhirnya? Terutama setelah cinta antara mereka mula berputik?

                                                            Pilihan Berkaitan:


                                                            Tags:Sinopsis "Love You Mr Arrogant" Drama TV3, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib