Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Panas! Nelydia Mengaku Aksi Keterlaluan Dengan Sharnaaz

                                                            Nelydia Mengaku Keterlaluan

                                                            Babak romantis agak keterlaluan. Apa kata Qi Razali?

                                                            Berikut adalah penjelasan Nelydia, 20,mengenai isu adegan romantik yang dikatakan keterlaluan antara dia dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

                                                            "Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah daripada diri saya sendiri. Dia (Qi Razali) tiada hak untuk tentukan limit kepada saya. Dia pun tak pernah meletakkan apa-apa batas kepada saya apabila saya berlakon.

                                                            Tak perlu ada orang untuk mengajar saya untuk masuk campur urusan lakonan saya. Soal personal saya, ia letak tepi,” dipetik dari laporan mStar Online.


                                                            Nelydia Malu Sendiri


                                                            "Ya, saya akui ada babak lakonan kami yang agak keterlaluan, tetapi itu hanya kehendak novel yang memerlukan kami memberikan yang terbaik", katanya.

                                                            Bercerita tentang pengalaman melakonkan watak Mastura dalam drama tersebut, Nelydia berkata ada babak yang membuatkan dia malu untuk melakonkannya.

                                                            Katanya, babak yang memerlukan dia mengusap perut dan bercakap dengan bayi yang dikandungnya itu membuatkan dia segan dengan diri sendiri.

                                                            "Saya tidak pernah mengandung, banyak kali diulang kerana saya sukar untuk fokus dan segan dengan diri sendiri," ujarnya.

                                                            Nota: Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta bersiri 60 episod itu dibarisi pelakon seperti Iqram Dinzly, Datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen dan Tony Eusoff.
                                                            Ia telah disiarkan sejak 9 Disember 2013 di Astro Mustika

                                                             Pilihan Berkaitan:


                                                            Tags: Berita hiburan,Nelydia

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib