Biodata Chester Bennington (Linkin Park)




Biodata Chester Bennington

Nama Sebenar      :Chester Charles Bennington
Lahir                     : 20 Mac 1976, Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat
Meninggal dunia  : 20 Julai 2017, Palos Verdes Estates, California, Amerika Syarikat
Tinggi                   : 5' 10"
Anak                    : Lila Bennington, Tyler Lee Bennington, Isaiah Bennington, lagi
Suami/Isteri         : Talinda Ann Bentley (kahwin 2005–2017), Samantha Marie Olit (kahwin 1996–2005)
Kumpulan muzik   : Linkin Park (1999 – 2017), LAGI


Berita kematian mengejut penyanyi utama kumpulan popular Linkin Park ternyata mengejutkan para peminat muzik seluruh dunia . Popular dengan lagu seperti In The End, Numb, Somewhere I Belong dan banyak lagi vokalis ini dikatakan telah mengambil nyawanya sendiri setelah gagal mengatasi masalah ketagihan yang dihadapi. Berikut fakta-fakta mengenai Chester Bennington yang perlu anda tahu.


Latar belakang dan kisah awal kehidupan Chester:

1. Chester Charles Bennington dilahirkan di Phoenix, Arizona pada 20 Mac 1976.

2. Ibunya seorang jururawat, manakala bapanya seorang pegawai penyiasat polis bagi kes-kes penderaan seksual kanak-kanak.

3. Ibu bapanya bercerai pada usianya 11 tahun dan bapanya mengambil alih hak penjagaan.

4. Pada usia remaja, Chester terlibat dalam kancah penagihan dadah dan alkohol.

5.Chester meninggal dunia pada usia 41 tahun dengan menggantung diri .


6. Pada usia 17 tahun, Chester duduk dengan ibunya dan dilarang keluar dari rumah kerana aktiviti ketagihan dadahnya dan kemudian berjaya meninggalkan tabiat buruk itu.

7. Sewaktu di sekolah, Chester selalu dibuli kerana tubuh badannya yang kurus dan perwatakan berbeza.

8. Pada tahun 2012, Chester dalam satu temubual bersama media mendedahkan bahawa dia pernah berhadapan penderaan seksual ketika usianya tujuh tahun. Penderaan itu dilakukan oleh rakan lelakinya yang berusia lebih tua.

Dalam temubual itu, Chester akui takut untuk memberitahu bapanya perkara sebenar. Dia kemudian mula melukis dan menulis puisi bagi melegakan tekanannya. Identiti pendera berkenaan diketahui bapanya namun Chester tidak meneruskan dakwaan di mahkamah kerana pelaku tersebut juga merupakan seorang mangsa penderaan seksual.

9. Chester bekerja di kedai makanan segera Burger King sebelum memulakan kerjaya sebagai pemuzik profesional.

Perkahwinan:

10. Mempunyai seorang anak hasil hubungannya dengan Elka Brand. Kemudian Chester berkahwin kali pertama dengan Samantha Marie Olit pada tahun 1996 dan mempunyai seorang anak lelaki Draven Sebastian Bennington – lahir pada 19 April 2002. Dia dan Samantha bercerai pada tahun 2005.

11. Perkahwinan kedua Chester bersama bekas model Playboy Talinda Ann Bentley dikurniakan tiga anak iaitu Tyler Lee Bennington dan kembar perempuan Lily dan Lila.


14. Jumlah anak Chester bagi dua perkahwinan adalah enam orang termasuk seorang anak angkat, Isaiah.

12. Chester dan Bentley pernah diganggu oleh seorang peminat tegarnya bernama Devon Townsend. Townsend kemudian dihukum penjara dua tahun kerana didapati bersalah menghantar emel dan mesej ugutan kepada Chester dan Bentley.

13. Hubungan Chester bersama Bentley kekal sehingga Chester meninggal dunia.

14. Jumlah anak Chester bagi dua perkahwinan adalah enam orang termasuk seorang anak angkat, Isaiah.


Fakta menarik:

15. Merupakan seorang peminat tegar tatu dan aktif di sebuah salon tatu bernama Club Tattoo di Arizona.

16. Selain Linkin Park, Chester juga dikenali sebagai penyayi utama bagi kumpulan Dead by Sunrise dan Stone Temple Pilots sejak tahun 2013 sehingga 2015.

17. Pernah patah pergelangan tangan ketika melakukan terjunan dalam persembahan di konsert Rod Laver Arena di Melbourne, pada tahun 2007. Walaupun cedera, Chester tetap meneruskan persembahan sehingga tamat dan kemudian terus ke wad kecemasan.

BACA: Remuk hati netizen terima khabar pemergian vokalis Linkin Park, Chester Bennington

18. Linkin Park pernah membatalkan tiga konsert dan menjadualkan semula dua konsert jelajah kerana tahap kesihatan Chester.

19. Juga merupakan peminat sukan bola keranjang dan peminat tegar pasukan Phoenix Suns.

20. Chester pernah muncul sebagai cameo dalam filem Crank pada tahun 2006. Chester juga pernah berlakon dalam filem Saw 3D: The Final Chapter membawa watak Evan.


Konsert di Malaysia:

21. Chester telah ke Kuala Lumpur sebanyak dua kali untuk membuat persembahan bersama Linkin Park dalam siri konsert jelajah Asianya.

22. Kali pertama pada tahun 2003 di Stadium Merdeka dan kali kedua di Stadium Bukit Jalil pada tahun 2013.

tags: Biodata Chester Bennington

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib

BARU! Lagu Lagu Raya 2017

LAGU RAYA BARU:

KOLEKSI SENARAI LAGU RAYA POPULAR :